My Princess Halimatus Sa'adiah & Fatimah Azzahra
Cita-cita
Thursday, August 9, 2012 • 8/09/2012 • 0 comments

Sa'adiah & Fatimah

Ayah dan ibu selalu berborak, apa sa'adiah dengan adik akan jadi bila besar nanti.Kami rasa macammana kalau omel dengan adik jadi doktor, sebab ayah bersyukur sangat-sangat memilih kerjaya ini. Ayah tak sangka yang ayah suka sangat menjadi doktor ni, kita dapat tolong orang, bidangnya terlalu luas, hari-hari kita boleh tahu benda baru dan pendapatan mencukupi untuk kita sekeluarga.
Tetapi nasihat ayah, kalau memilih cita-cita pilihlah yang boleh membuatkan kita berjaya dunia dan akhirat.
Dan pilihlah kerjaya yang kita suka sebab kita akan rasa enjoy dengan apa yang kita buat sebab hasilnya insyaAllah terbaik.
Sukanya ayah menjadi doktor sampai ayah ada buat website untuk masyarakat, mana tahu nanti omel dan adik pulak boleh sambung website ini dengan website ayah tu. www.tanyadoktor.com. Nak suruh omel dengan adik sambung klinik ibu, dari dulu pujuk ibu bukak klinik sendiri tak mahu-mahu....sambung buat website pun jadila, tapi ayah akan terus pujuk ibu bukak klinik supaya omel atau adik boleh mewarisi klinik kami. Cheers
Lambang website ayah www.tanyadoktor.com