
|
Pengorbanan ibu
Friday, November 14, 2008 • 11/14/2008 • 0 comments ![]() Halimatus Sa'adiah, Ibu anak ayah bernama Rabi'ah adawiyah , ibu sa'adiah terlalu banyak pengorbanannya sa'adiah. Halimatus Sa'adiah, Sebelum sa'adiah, 3 kali ibu keguguran, dan setiap kali ibu mengandung, ibu mengalami alahan yang teruk, ibu muntah-muntah dan badan ibu lemah sekali, beberapa kali ibu mengambil cuti tanpa gaji untuk berehat supaya sa'adiah selamat dalam kandungan, semasa ibu sedang bertarung dalam melahirkan sa'adiah, sakitnya tidak terbayang, ibu terpaksa dibedah demi memastikan sa'adiah selamat. Akhirnya Alhamdulillah sa'adiah selamat dilahirkan. Halimatus Sa'adiah, Selama 9 bulan ibu kandungkan sa'adiah dan 6 bulan sa'adiah ibu beri susuan, begitu beratnya mata ayah memandang, ayah sendiri tidak pasti adakah ayah mampu berbuat demikian, tapi ayah akan berusaha membesarkan sa'adiah sebaik mungkin, ayah berjanji sa'adiah! Halimatus Sa'adiah, Pesan ayah sayangilah ibu, hormatilah ibu kerana syurga dibawah tapak kaki ibu. Labels: pengorbanan ibu
|
|